Photobucket

Tuesday, April 27, 2010

Solat Taubat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif

    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

Wednesday, September 10, 2008

Surah At Taubah

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." Ayat 128


"Kemudian jika mereka berpaling dari keimanan, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku bertawakal, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang agung." Ayat 129
**************
Kalimah di atas adalah dari ayat 128-129 SurahAt-Taubah. Hendak dibaca 7 kali setelah selesai solat fardu mudah-mudahan dikuatkan azam dan dipermudahkan perjalanan hidup kita.

Di petik dari Global Islamic Software

Friday, August 22, 2008

PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADAN

Petikan Khutbah Jumaat.

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِىْ فَرَضَ الصِّيَامَ عَلَى عِبَادِهِ الْمُسْلِمِيْنَ وَوَعَدَهُمْ بِجَنَّةِ النَّعِيْمِ اَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنَ.

اَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُؤْمِـنُوْنَ، اِتَّقُوْا اللهَ، اُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِى بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ، وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَاُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ.

MUSLIMIM YANG DIRAHMATI ALLAH,
Saya berpesan pada diri saya dan juga tuan-tuan marilah kita bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangannya. Kerana sesungguhnya hanya orang-orang yang bertakwa sahajalah yang akan beroleh kejayaan baik di dunia dan akhirat.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
beberapa hari lagi kita umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadan al-Mubarak. Bulan yang penuh keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t. maka tidak hairanlah apabila hampir tibanya bulan Ramadan Rasul Allah s.a.w. dan para sahabat begitu gembira serta tidak sabar menanti ketibaannya. Mudah-mudahan kita juga bergembira dan teras rindu untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini.

MUSLIMIM YANG BERBAHAGIA,
Sebelum kita pergi lebih jauh marilah kita melihat apakah yang dikatakan puasa itu?. Puasa merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima. Puasa bukan sahaja menahan diri daripada tidak makan dan minum disiang hari tatapi hendaklah menepati dan mematuhi segala syarat-syarat dan rukun-rukunnya termasuk perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa. Puasa adalah suatu ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap muslim yang mukalaf dan tiada keuzuran syari', puasa dapat membentuk peribadi seseorang itu benar-benar bertakwa kepada Allah dan hidup dengan semangat yang tinggi bagi membela manusia terutama yang kurang bernasib baik dalam membentuk musyarakat dengan penuh sifat kasih sayang dan tolong menolong. Puasa juga mampu membentuk musyarakat yang mulia dan diredhai Allah s.w.t. Puasa juga adalah merupakan satu pendidikan terhadap jiwa dan mampu mengangkat derjat orang yang mengerjakannya dengan kedudukan yang tinggi dan mulai di sisi Allah. Dengan berpuasa manusia dapat mempelajari satu hikmah iaitu bagaimana untuk memperbaiki sikap atau akhlak daripada sifat suka menurut hawa nafsu seperti hidup tertumpu kepada makan, minum dan memenuhkan perutnya sahaja kepada kehidupan yang sebenar yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

Justeru, sebagai manusia kita begitu susah untuk memiliki sifat sabar dan kita sentiasa terdorong di bawah runtunan hawa nafsu. Maka, dengan berpuasa jika ia berjaya dilaksanakan ia mampu memupuk kesabaran dan memberikan kekuatan untuk melawan segala kehendak hawa nafsu, sekaligus ia akan mendidik manusia membiasakan diri dengan mengahadapi nerbagai-bagai kesusahan serta teguh mengahadapi rintangan bagi menuju kepada kesempurnaan dan kemuliaan dalam kehidupan seharian, itulah hikmah yang tersembunyi di sebalik ibadah puasa.

MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,
Seorang yang menjalani ibadat puasa, apakah rahsia yang tersembunyi didalam dirinya yang dapat menghalang ia daripada makan dan minum, kalaulah tidak kerana keimanannya kepada Allah ?. Apakah benteng yang menghalangnya daripada melakukan maksiat, kalau tidak ada keimanannya kepada Allah? Justeru, keimanan seseorang muslim yang mendalam terhadap Allah itulah yang menjadikan dia patuh kepada segala perintah Allah, setiap yang disuruh dikerjakannya dan apa yang dilarang ditinggalkannya. Begitu juga, seseorang akan segera bertaubat, menyesal dan kembali kepada Allah sekiranya melakukan sesuatu larangan yang ditegah oleh Allah. Lantaran itulah keimanan menjadikan kita penuh ikhlas dan suci hati mengerjakan ibadah puasa yang difardhukan. Puasa juga membersihkan jiwa daripada terlampau mengejar dunia dan bermati-matian bertungkus lumus mencari keseronokan hidup. Dengan ini, perasaan cintakan kebendaan tidak berjaya mencengkam ke atas perjalanan hidup manusia sehingga terciptalah satu corak kehidupan yang dipenuhi dengan berbagai kelebihan dan keperibadian yang tinggi, pelbagai hikmat dan fadhilat dapat diperolehi dari berpuasa, antara fadhilat-fadhilat yang terdapat dalam ibadat puasa telah ditegaskan oleh Allah s.w.t. didalam surah al-Ankabut ayat 58 :
اعوذبالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud : " Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh, kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh ".


Dan Hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang berbunyi :


"الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانِ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ."


Maksudnya : " Solat lima waktu yang didirikan satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar ".

( H.R. Muslim )


SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN
Dalam menjalani ibadah puasa, kita akan dapat merasai hikmah yang indah dan faedah yang besar seterusnya kita akan bersyukur kepada Allah yang memfardukan puasa ke atas kaum muslimim. Dengan kita mentaati segala syarat-syaratnya dan menunaikannya dengan sebaik-baik yang dikehendaki, akan jadilah kita seorang muslim yang bertakwa kepada Allah sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w. :

"اَلصِّيَامُ جُنَّةٌ مَالَمْ يَخْرِقْهَا بِكَذِبٍ اَوْ بِنَمِيْمَةٍ."

Maksudnya : " Puasa itu adalah perisai selama ia tidak dirosakkan dengan sebab berbohong atau mengumpat ".

Dan dalam Hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda :

"لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفْثِ."

Bermaksud : " Bukanlah berpuasa itu menahan diri daripada makan dan minum sahaja, akan tatapi berpuasa itu juga menahan diri daripada berkata-kata dengan perkataan-perlataan yang kotor dan kata-kata kesat ".

Di sini jelaslah kepada kita bahawa puasa itu merupakan satu perisai yang akan melindungi dari kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri dari terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar, tolong menolong dan simpati di antara satu sama lain, puasa juga akan menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Kebanyakan kita telah mengetahui bahawa mengikut ilmu Psikologi setiap orang yang dilahirkan ke alam dunia ini mempunyai beberapa kehendak dan naluri. Justeru, naluri-naluri tersebut perlukan kepada bimbingan dan didikan supaya ia menjadi subur dan berkembang mengikut kehendak yang ditetapkan oleh syariat Islam. Dalam perkara seperti ini langkah yang paling berkesan ialah dengan berpuasa. Dimana dengan berpuasa mengajar manusia supaya makan sekadar yang patut sahaja dan menahan nafsu dari segala keinginan yang bertentangan dengan syariat agama. Selain dari itu seseorang yang berpuasa boleh mencapai puasa yang istimewa dengan enam syarat. Maka sempena kita akan menyambut Ramadan beberapa hari lagi, marilah kita berazam melaksanakannya dengan persediaan berikut :

1. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah.

2. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.

3. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram, kerana Allah menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.

4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.

5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.

6. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.

SIDANG JUMAAT YANG DIHORMATI,
Oleh yang demikian marilah kita meraikan bulan puasa yang mulia yang bakal tiba dengan penuh perasaan gembira dan marilah kita gunakan peluang keemasan yang diberi Allah untuk mengerjakan amal kebajikan dan menjauhkan segala amalan yang dimurkai Allah. Hanya orang yang berpuasa sahajalah akan meresap ke dalam jiwanya sifat-sifat yang luhur dan bersikap sederhana dalam segala tindak tanduk serta tidak melampaui batas. Orang yang berjaya dididik oleh puasa akan bertambah rajin dan berperibadi mulia, sehat, berdisiplin, cekap lagi beramanah, bertakwa kepada Allah suka berjuang untuk agama, musyarakat dan negara.

اعوذبالله من الشيطان الرجيم،


Maksudnya : "( Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah ) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan antara yang benar dan salah. Olah itu, setiap yang diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan sesiapa yang sakit atau musafir maka bolehkah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dengan ketetapan yang demikian itu Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuknya dan supaya kamu bersyukur"

( Surah al-Baqarah ayat : 185 )


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Fadhilat & Rahsia Puasa

Fadhilat Puasa

Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini.

Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding yang bulan-bulan yang lain.

Terdapat beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu meraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan pula akan diikat tiba bulan Ramadhan.

Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardhukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan.

Antara keistimewaan puasa juga, Allah SWT akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain dimana kadarnya hanya diketahui oleh Allah. Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat.

Rahsia Puasa
Allah Ta'ala telah mengurniakan nikmat yang amat besar kepada seluruh hambaNya iaitu dengan memberikan suatu amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syaitan, untuk mengecewakan angan-angannya dan untuk mematahkan segala usaha busuknya. Amalan yang dimaksudkan itu ialah ibadah puasa. Itulah benteng dan perisai bagi sekalian kekasih-kekasih Allah Ta'ala. Ada sebuah hadith RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:

"Puasa itu separuh dari kesabaran." (Diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah)

Allahu Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira." (Surah Az-Zumar:10)

Jelaslah dalam ayat itu bahawa pahala puasa melampaui had perkiraan dan perhitungan. Untuk mengukuhkan pendapat itu, cukuplah kalau kita mengetahui betapa besarnya keutamaan puasa itu dengan memahami sabda RasuluLlah yang berbunyi:

"Demi Tuhan yang jiwaku dalam kekuasaaanNya, adalah bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Allah Ta'ala berfirman (dalam hadith Qudsi: "Sesungguhnya mereka itu meninggalkan nafsu syahwat, makan dan minum keranaKu. Sesungguhnya puasa untukKu dan Aku yang akan memberikan balasan untuknya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Orang yang berpuasa juga diberikan janji oleh Allah Ta'ala bahawa ia akan dapat bertemu dengan Allah sebagai balasa pahala puasanya itu. Dalam hal ini RasuluLlah bersabda:

"Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan; pertama ialah ketika ia berbuka dan yang kedua ialah ketika di abertemu dengan Tuhannya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Dalam penafsiran firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah disediakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amalsoleh yang mereka telah kerjakan." (Surah As-Sajadah:17)

Para 'alim ulama' mengatakan bahawa mereka itu adalah orang-orang yang mengamalkan puasa. Keterangan sedemikian ini didasarkan dari firman Allah yang lain, sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran yang ertinya:

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala puasa mereka dengan tidak terkira." (Surah Az-Zumar:10)

Jadi untuk orang yang berpuasa itu pahalanya benar-benar dibalas dengan secukup-cukupnya serta dilipat gandakan dengan tidak terhitung banyaknya. Oleh sebab itu tidak dapat dibayangkan keadaannya,sebab puasa itu untuk Allah Ta'ala sendiri dan mendapat kemuliaan dan kehormatan dengan dinisbahkan untuk ZatNya sendiri, sekalipun sebenarnya semua ibadat untuk Allah jua. Sebab yang demikian itu ada dua:

Pertama:
Bahawa ibadat puasa itu merupakan satu pengekangan dan pembersihan diri dan rahsia melakukan itu tergantung kepada individu itu sendiri. Ia bukanlah suatu amalan yang dapat dilihat oleh orang ramai. Puasa tidak dapat disaksikan kecuali diri sendiri dan Allah 'Azza wa Jalla sahaja, sebab puasa itu adalah amalan batin yang berbentuk kesabaran semata-mata.

Kedua:
Bahawa ibadat puasa itu merupakan tentangan kepada musuh Allah 'Azza a Jalla. Cara syaitan adalah melalui nafsu syahwat dan kukuhnya syahwat itu adalah melalui jalan makan dan minum. Jadi menindas gerakan musuhAllah Ta'ala adalah sebagai pertolongan untk menegakkan agama Allah Ta'ala. Datangnya pertolongan Allah tergantung kepada pertolongan manusia kepadaNya, sebagaimana difirmankan Allah Ta'ala dalam al-Qur'an yang bermaksud:

"Kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Surah Muhammad:7)

Dengan ini tahulah kita bahawa puasa itu adalah merupakan pintu ibadat dan dapat dijadikan perisai. Oleh kerana besarnya keutamaan dan fadhilatnya, sehingga mencapai tingkat yang setinggi ini, maka perlu diketahui apakah syarat-syarat yang zahir dan yang batin dan perlu dijelaskan apa rukun-rukun dan sunat-sunatnya serta syarat-syarat batinnya.

Sumber : kesedar/gov

Sunday, August 10, 2008

Nota

Harap maklum informasi dan akitivi yang tertera di dalam blog ini belum di kemasikinikan. Ia adalah informasi/artikel dari web terdahulu.


Terima Kasih

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP