| "Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran" Sekolah Agama Tahfiz ABIM ini telahpun ditubuhkan pada pertengahan tahun 2000 dan baru saja memulakan sesi pengajiannya pada awal tahun 2001. Sekolah ini diwujudkan dengan tujuan untuk mendidik anak-anak masyarakat berteraskan kepada pendidikan Al-Quran dan Asas Agama. Bagi memperkemaskan pengurusannya ianya dikelolakan oleh Syarikat Tafhim Enterprise dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Berikut ini adalah OBJEKTIF sekolah ini ditubuhkan : - Kemahiran Al-Quran (hafalan, bacaan, fahaman dan penghayatan).
- Sahsiah dan budaya Islam (ibadat adab sopan dan perhubungan)
- Disiplin Al-Quran, sunnah dan sirah.
- Ibadah fardu yang betul
- Kemahiran jawi dan bahasa Arab.
MATLAMAT : - Membasmi buta Al-Quran dikalangan kanak-kanak sebelum balilgh.
- Pengajian Al-Quran kaedah 5M (membaca, menghafal, menulis, memahami dan menghayati)
- Pengisian ayat-ayat suci Al-Quran sebagai benteng kefahaman dalaman murid.
- Latihan hafalan, kecintaan, penghormatan dan gemar kepada Al-Quran serta isinya.
SUKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - AL-Quran : 6 tahun (kaedah 5M, 1/3 Al-Quran dihafal dan 3 kali khatam)
- Bahasa Arab : 6 tahun (memahami bahasa Arab Rendah)
- Tulisan Jawi : 2 tahun (mengeja, membaca dan menulis jawi)
- Fardu Ain : 3 tahun (bersuci, ibadat, rukun Iman, rukun Islam, akhlak dan adab-adab)
- Tajwid : 2 tahun (bacaan betul makhrajnya)
- Sirah Rasulullah : 2 tahun (mengenal peribadi dan panduan hidup muslimin)
- Tafsir Al-Quran : 3 tahun (memahami kandungan surah-surah dalam Al-Quran)
- Hadis 40 : 3 tahun (hafal hadis dan fahami kandungan)
- Seni Khat dan Imlak : 3 tahun (menulis khat cantik dan betul ejaan)
- Sukatan Pelajaran JAIS : mengambil peperiksaan SPRA JAIS di tahun 6
- Amali (sesi petang) : Praktikal solat dan solat fardu Asar dengan tunjuk ajar guru.
- Kegiatan ko-kurikulum : Nasyid, syarahan, bercerita, sajak, kuiz, majlis ihtifal dan hari penyampaian hadiah diadakan tiap-tiap tahun.
PENGAJIAN - 6 tahun daripada tahun 1 hingga tahun 6
- mengikut penggal persekolahan
- 5 hari seminggu
BAYARAN Yuran Pendaftaran : RM 30.00 Yuran Bulanan : RM 30.00 sebulan Yuran Peperiksaan : RM 10.00 Kad Kemajuan : 3.00 Buku teks dan Latihan Darjah 1 : RM 59.00 (termasuk Qiraati) Darjah 2 : RM 33.90 Darjah 3 : RM 43.50 Darjah 4 : RM 40.60 Darjah 5 : Menggunakan buku teks JAIS PAKAIAN LELAKI : Baju Melayu, Songkok Hitam dan samping bewarna ungu*. WANITA : Baju kurung putih, kain warna ungu dan mini telekong putih. * Kelonggaran akan diberikan bagi mereka yang menyimpan kain hijau. NOTA : Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan sekolah ini bolehlah hubungi AJK Berikut : 1. Tn. Hj. Omar bin Parkan : 03-87232658 2. En. Sulaiman bin Kayat : 03-87230907 |
|
0 comments:
Post a Comment