Photobucket

Friday, August 22, 2008

PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADAN

Petikan Khutbah Jumaat.

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِىْ فَرَضَ الصِّيَامَ عَلَى عِبَادِهِ الْمُسْلِمِيْنَ وَوَعَدَهُمْ بِجَنَّةِ النَّعِيْمِ اَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنَ.

اَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُؤْمِـنُوْنَ، اِتَّقُوْا اللهَ، اُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِى بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ، وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَاُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ.

MUSLIMIM YANG DIRAHMATI ALLAH,
Saya berpesan pada diri saya dan juga tuan-tuan marilah kita bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangannya. Kerana sesungguhnya hanya orang-orang yang bertakwa sahajalah yang akan beroleh kejayaan baik di dunia dan akhirat.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
beberapa hari lagi kita umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadan al-Mubarak. Bulan yang penuh keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t. maka tidak hairanlah apabila hampir tibanya bulan Ramadan Rasul Allah s.a.w. dan para sahabat begitu gembira serta tidak sabar menanti ketibaannya. Mudah-mudahan kita juga bergembira dan teras rindu untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini.

MUSLIMIM YANG BERBAHAGIA,
Sebelum kita pergi lebih jauh marilah kita melihat apakah yang dikatakan puasa itu?. Puasa merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima. Puasa bukan sahaja menahan diri daripada tidak makan dan minum disiang hari tatapi hendaklah menepati dan mematuhi segala syarat-syarat dan rukun-rukunnya termasuk perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa. Puasa adalah suatu ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap muslim yang mukalaf dan tiada keuzuran syari', puasa dapat membentuk peribadi seseorang itu benar-benar bertakwa kepada Allah dan hidup dengan semangat yang tinggi bagi membela manusia terutama yang kurang bernasib baik dalam membentuk musyarakat dengan penuh sifat kasih sayang dan tolong menolong. Puasa juga mampu membentuk musyarakat yang mulia dan diredhai Allah s.w.t. Puasa juga adalah merupakan satu pendidikan terhadap jiwa dan mampu mengangkat derjat orang yang mengerjakannya dengan kedudukan yang tinggi dan mulai di sisi Allah. Dengan berpuasa manusia dapat mempelajari satu hikmah iaitu bagaimana untuk memperbaiki sikap atau akhlak daripada sifat suka menurut hawa nafsu seperti hidup tertumpu kepada makan, minum dan memenuhkan perutnya sahaja kepada kehidupan yang sebenar yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

Justeru, sebagai manusia kita begitu susah untuk memiliki sifat sabar dan kita sentiasa terdorong di bawah runtunan hawa nafsu. Maka, dengan berpuasa jika ia berjaya dilaksanakan ia mampu memupuk kesabaran dan memberikan kekuatan untuk melawan segala kehendak hawa nafsu, sekaligus ia akan mendidik manusia membiasakan diri dengan mengahadapi nerbagai-bagai kesusahan serta teguh mengahadapi rintangan bagi menuju kepada kesempurnaan dan kemuliaan dalam kehidupan seharian, itulah hikmah yang tersembunyi di sebalik ibadah puasa.

MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,
Seorang yang menjalani ibadat puasa, apakah rahsia yang tersembunyi didalam dirinya yang dapat menghalang ia daripada makan dan minum, kalaulah tidak kerana keimanannya kepada Allah ?. Apakah benteng yang menghalangnya daripada melakukan maksiat, kalau tidak ada keimanannya kepada Allah? Justeru, keimanan seseorang muslim yang mendalam terhadap Allah itulah yang menjadikan dia patuh kepada segala perintah Allah, setiap yang disuruh dikerjakannya dan apa yang dilarang ditinggalkannya. Begitu juga, seseorang akan segera bertaubat, menyesal dan kembali kepada Allah sekiranya melakukan sesuatu larangan yang ditegah oleh Allah. Lantaran itulah keimanan menjadikan kita penuh ikhlas dan suci hati mengerjakan ibadah puasa yang difardhukan. Puasa juga membersihkan jiwa daripada terlampau mengejar dunia dan bermati-matian bertungkus lumus mencari keseronokan hidup. Dengan ini, perasaan cintakan kebendaan tidak berjaya mencengkam ke atas perjalanan hidup manusia sehingga terciptalah satu corak kehidupan yang dipenuhi dengan berbagai kelebihan dan keperibadian yang tinggi, pelbagai hikmat dan fadhilat dapat diperolehi dari berpuasa, antara fadhilat-fadhilat yang terdapat dalam ibadat puasa telah ditegaskan oleh Allah s.w.t. didalam surah al-Ankabut ayat 58 :
اعوذبالله من الشيطان الرجيم،

Yang bermaksud : " Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh, kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh ".


Dan Hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang berbunyi :


"الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانِ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ."


Maksudnya : " Solat lima waktu yang didirikan satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar ".

( H.R. Muslim )


SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN
Dalam menjalani ibadah puasa, kita akan dapat merasai hikmah yang indah dan faedah yang besar seterusnya kita akan bersyukur kepada Allah yang memfardukan puasa ke atas kaum muslimim. Dengan kita mentaati segala syarat-syaratnya dan menunaikannya dengan sebaik-baik yang dikehendaki, akan jadilah kita seorang muslim yang bertakwa kepada Allah sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w. :

"اَلصِّيَامُ جُنَّةٌ مَالَمْ يَخْرِقْهَا بِكَذِبٍ اَوْ بِنَمِيْمَةٍ."

Maksudnya : " Puasa itu adalah perisai selama ia tidak dirosakkan dengan sebab berbohong atau mengumpat ".

Dan dalam Hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda :

"لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفْثِ."

Bermaksud : " Bukanlah berpuasa itu menahan diri daripada makan dan minum sahaja, akan tatapi berpuasa itu juga menahan diri daripada berkata-kata dengan perkataan-perlataan yang kotor dan kata-kata kesat ".

Di sini jelaslah kepada kita bahawa puasa itu merupakan satu perisai yang akan melindungi dari kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri dari terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar, tolong menolong dan simpati di antara satu sama lain, puasa juga akan menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Kebanyakan kita telah mengetahui bahawa mengikut ilmu Psikologi setiap orang yang dilahirkan ke alam dunia ini mempunyai beberapa kehendak dan naluri. Justeru, naluri-naluri tersebut perlukan kepada bimbingan dan didikan supaya ia menjadi subur dan berkembang mengikut kehendak yang ditetapkan oleh syariat Islam. Dalam perkara seperti ini langkah yang paling berkesan ialah dengan berpuasa. Dimana dengan berpuasa mengajar manusia supaya makan sekadar yang patut sahaja dan menahan nafsu dari segala keinginan yang bertentangan dengan syariat agama. Selain dari itu seseorang yang berpuasa boleh mencapai puasa yang istimewa dengan enam syarat. Maka sempena kita akan menyambut Ramadan beberapa hari lagi, marilah kita berazam melaksanakannya dengan persediaan berikut :

1. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah.

2. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.

3. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram, kerana Allah menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.

4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.

5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.

6. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.

SIDANG JUMAAT YANG DIHORMATI,
Oleh yang demikian marilah kita meraikan bulan puasa yang mulia yang bakal tiba dengan penuh perasaan gembira dan marilah kita gunakan peluang keemasan yang diberi Allah untuk mengerjakan amal kebajikan dan menjauhkan segala amalan yang dimurkai Allah. Hanya orang yang berpuasa sahajalah akan meresap ke dalam jiwanya sifat-sifat yang luhur dan bersikap sederhana dalam segala tindak tanduk serta tidak melampaui batas. Orang yang berjaya dididik oleh puasa akan bertambah rajin dan berperibadi mulia, sehat, berdisiplin, cekap lagi beramanah, bertakwa kepada Allah suka berjuang untuk agama, musyarakat dan negara.

اعوذبالله من الشيطان الرجيم،


Maksudnya : "( Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah ) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan antara yang benar dan salah. Olah itu, setiap yang diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan sesiapa yang sakit atau musafir maka bolehkah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dengan ketetapan yang demikian itu Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuknya dan supaya kamu bersyukur"

( Surah al-Baqarah ayat : 185 )


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Fadhilat & Rahsia Puasa

Fadhilat Puasa

Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini.

Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding yang bulan-bulan yang lain.

Terdapat beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu meraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan pula akan diikat tiba bulan Ramadhan.

Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardhukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan.

Antara keistimewaan puasa juga, Allah SWT akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain dimana kadarnya hanya diketahui oleh Allah. Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat.

Rahsia Puasa
Allah Ta'ala telah mengurniakan nikmat yang amat besar kepada seluruh hambaNya iaitu dengan memberikan suatu amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syaitan, untuk mengecewakan angan-angannya dan untuk mematahkan segala usaha busuknya. Amalan yang dimaksudkan itu ialah ibadah puasa. Itulah benteng dan perisai bagi sekalian kekasih-kekasih Allah Ta'ala. Ada sebuah hadith RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:

"Puasa itu separuh dari kesabaran." (Diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah)

Allahu Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira." (Surah Az-Zumar:10)

Jelaslah dalam ayat itu bahawa pahala puasa melampaui had perkiraan dan perhitungan. Untuk mengukuhkan pendapat itu, cukuplah kalau kita mengetahui betapa besarnya keutamaan puasa itu dengan memahami sabda RasuluLlah yang berbunyi:

"Demi Tuhan yang jiwaku dalam kekuasaaanNya, adalah bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Allah Ta'ala berfirman (dalam hadith Qudsi: "Sesungguhnya mereka itu meninggalkan nafsu syahwat, makan dan minum keranaKu. Sesungguhnya puasa untukKu dan Aku yang akan memberikan balasan untuknya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Orang yang berpuasa juga diberikan janji oleh Allah Ta'ala bahawa ia akan dapat bertemu dengan Allah sebagai balasa pahala puasanya itu. Dalam hal ini RasuluLlah bersabda:

"Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan; pertama ialah ketika ia berbuka dan yang kedua ialah ketika di abertemu dengan Tuhannya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Dalam penafsiran firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah disediakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amalsoleh yang mereka telah kerjakan." (Surah As-Sajadah:17)

Para 'alim ulama' mengatakan bahawa mereka itu adalah orang-orang yang mengamalkan puasa. Keterangan sedemikian ini didasarkan dari firman Allah yang lain, sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran yang ertinya:

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala puasa mereka dengan tidak terkira." (Surah Az-Zumar:10)

Jadi untuk orang yang berpuasa itu pahalanya benar-benar dibalas dengan secukup-cukupnya serta dilipat gandakan dengan tidak terhitung banyaknya. Oleh sebab itu tidak dapat dibayangkan keadaannya,sebab puasa itu untuk Allah Ta'ala sendiri dan mendapat kemuliaan dan kehormatan dengan dinisbahkan untuk ZatNya sendiri, sekalipun sebenarnya semua ibadat untuk Allah jua. Sebab yang demikian itu ada dua:

Pertama:
Bahawa ibadat puasa itu merupakan satu pengekangan dan pembersihan diri dan rahsia melakukan itu tergantung kepada individu itu sendiri. Ia bukanlah suatu amalan yang dapat dilihat oleh orang ramai. Puasa tidak dapat disaksikan kecuali diri sendiri dan Allah 'Azza wa Jalla sahaja, sebab puasa itu adalah amalan batin yang berbentuk kesabaran semata-mata.

Kedua:
Bahawa ibadat puasa itu merupakan tentangan kepada musuh Allah 'Azza a Jalla. Cara syaitan adalah melalui nafsu syahwat dan kukuhnya syahwat itu adalah melalui jalan makan dan minum. Jadi menindas gerakan musuhAllah Ta'ala adalah sebagai pertolongan untk menegakkan agama Allah Ta'ala. Datangnya pertolongan Allah tergantung kepada pertolongan manusia kepadaNya, sebagaimana difirmankan Allah Ta'ala dalam al-Qur'an yang bermaksud:

"Kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Surah Muhammad:7)

Dengan ini tahulah kita bahawa puasa itu adalah merupakan pintu ibadat dan dapat dijadikan perisai. Oleh kerana besarnya keutamaan dan fadhilatnya, sehingga mencapai tingkat yang setinggi ini, maka perlu diketahui apakah syarat-syarat yang zahir dan yang batin dan perlu dijelaskan apa rukun-rukun dan sunat-sunatnya serta syarat-syarat batinnya.

Sumber : kesedar/gov

Sunday, August 10, 2008

Nota

Harap maklum informasi dan akitivi yang tertera di dalam blog ini belum di kemasikinikan. Ia adalah informasi/artikel dari web terdahulu.


Terima Kasih

Saturday, August 9, 2008

Kata-Kata Aluan Pengerusi Surau

Bismillahirrahmanirrahim.


Segala puji bagi Allah yang mempermudahkan semua urusan sehingga terbitnya laman web Surau Al-Syumul ini. Sesungguhnya pihak Surau Al-Syumul tidak mahu ketinggalan dalam mengharungi arus globalisasi dan dunia siber yang berada di sekeliling manusia hari ini.



Oleh itu, dengan terbitnya laman web Surau Al-Syumul ini diharapkan segala maklumat akan tercapai dan dicapai dengan mudah oleh penduduk qariah Bandar Rinching khasnya dan penduduk Islam keseluruhan amnya.

Selamat berinteraksi dengan laman web Surau Al-Syumul.


Pengerusi Surau Al-Syumul

Friday, August 8, 2008

Sejarah Surau


Sejarah Surau Al-Syumul bermula sejak dari awal tahun 1997 yang ketika itu dikenali dengan nama Surau Sementara Bandar Rinching. Ianya wujud di atas kesedaran serta sikap bertanggungjawab penduduk setempat pada masa itu yang mana majoritinya adalah beragama Islam. Kerjasama yang erat dan padu di kalangan masyarakat akhirnya telah dapat mewujudkan Ahli Jawatankuasa surau yang berperanan secara langsung ke arah pembinaan Surau Al-Syumul ini.

Pembinaan Surau Al-Syumul dibuat secara kerjasama antara pihak AJK Surau dengan pihak pemaju perumahan iaitu Rhombus Sdn. Berhad. Sumbangan dalam bentuk material, kewangan dan sokongan moral daripada seluruh masyarakat setempat amat menggalakkan.

Bantuan dari segi material dan kewangan datang mencurah-curah daripada orang ramai, disoking dengan semangat kekitaan serta gotong-royong di kalangan masyarakat amat membantu dalam menjayakan pembinaan Surau Al-Syumul ini. Sumbangan dari pihak pemaju perumahan juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan pembinaan surau ini.

Penduduk Bandar Rinching amat menghargai dan berterima kasih khususnya pemberian bahan binaan daripada pihak Rhombus Sdn. Berhad. Tidak dilupakan juga pihak-pihak yang bermurah hati memberi sumbangan kewangan iaitu pihak Baitulmal dan orang perseorangan.

Dengan keizinan Allah s.w.t., surau ini telah siap pembinaannya sebelum bulan Ramadhan tahun 1998. Keseluruhan perbelanjaannya dianggarkan lebih kurang RM 120,000.00. Penggunaan surau ini telah dilaksanakan sepenuhnya pada bulan Ramadhan tahun 1998. Dengan kerjasama dan sokongan padu daripada pihak AJK Surau dan penduduk setempat Surau Al-Syumul akan dapat mengembangkan lagi syiar Islam di negara kita di samping dapat mewujudkan semangat Ukhuwah Islamiah di kalangan masyarakat Islam di Bandar Rinching.

Semuga kita semua berada di dalam peliharaan Allah s.w.t

AMIN YARABBAL ALAMIN.

Ahli Jawatankuasa Surau

Senarai AJK baru belum di kemas kinikan.

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA SURAU AL-SYUMUL SESI 2000/2001,
SEKSYEN 1 BANDAR RINCHING, 43500 SEMENYIH SELANGOR.

JAWATAN NAMA ALAMAT TELEFON
Pengerusi Ust. Kamarudin b. Salleh 79, Jln. 1/4 03-87231293
Naib Pengerusi En. Abdullah b. Mohamed 28, Jln 2/4D 019-3168199
Setiausaha Cikgu Mohamad Thani b. Mohd Ibrahim 44, Jln. 1/5 03-87231513
P. Setiausaha En. Sulaiman b. Kayat 2, Jln. 1/2D 03-87230907
Bendahari Cikgu Jamalulail b. Hashim 72, Jln. 1/2 03-87231297
Imam Ust. Kamaruddin b. Salleh 79, Jln. 1/4 03-87231293

Ust. Ahmad Nor Zaimi b. Mohd Amin 33, Jln. 1/4 -
Bilal Cikgu Jamalulail b. Hashim 72, Jln. 1/2 03-87231297

En. Maulut b. Muhammad 90, Jln. 1/2 03-87231317

En. Ahmad b. Basri 15, Jln 1/4A 03-87233167

En. Zulkepli b. Ahmad 73, Jln 1/4 03-87231286/
012-6112758

En. Hamzah b. Talib 8, Jln.1/6A 03-8131657

AJK KECIL




Biro Kebajikan Cikgu Mohamad b. Abdullah 9, Jln. 1/7 03-87239039

YM Raja Zazman b. Raja Hassan 15, Jln. 1/4C 03-87231209

En. Abdullah b. Atchep 71, Jln 1/4 03-87234271
Biro Pendidikan Tn. Hj. Omar b. Parkan 1, Jln 1/8 03-87232658

En. Dzulkarnain b. Idris 7, Jln. 1/7 03-87230787
Biro Dakwah Ust. Ahmad Nor Zaimi b. Mohd Amin 33, Jln. 1/4 03-87235212

Ust. Kamarudin b. Salleh 79, Jln. 1/4 03-87231293
Biro Penyelenggaraan & Kebersihan En. Kamarolzaman b. Sulong 81, Jln. 1/4 03-87231255

En. Ali b. Mahmood 9, Jln 1/7B 03-87231590

En. Hassan b. Tupat 49, Jln 1/4 03-87231270

En. Ghani b. Ismaun 37, Jln 1/4 013-3053581/
019-2368303
Biro Ekonomi Tn. Hj. Syukur b. Sabdin 64, Jln 1/4 03-87231335
Biro Remaja En. Mohamad Kamal b. Hj. Zakariah 15, Jln. 1/2D 03-87231694

En. Mohd Aizal b. Halam Shah H9, Jln 3 (Vanikavasagam) 03-87237676
Biro Perhubungan En. Abd. Rahman b. Mohd Yusof 37, Jln 1/7B 03-87231542
Biro Pembangunan En. Maulut b. Muhammad 90, Jln. 1/2 03-87231317

En. Wahab b. Hasan 1, Jln 1/2A 013-3414518

En. Osman b. Sabari 74, Jln 1/5 03-87233637

KETUA-KETUA BLOK



Jln. 1/1, 1/2A,B,C & D En. Sulaiman b. Kayat 2, Jln. 1/2D 03-87230907
Jln. 1/2 En. Maulut Muhamad 90, Jln. 2/3C 03-87231317
Jln. 1/3, 1/3A, B, C, D En. Mohd Rasip b. Talib 49, Jln. 1/4B 03-87231394
Jln. 1/4 En. Ismail b. Yunan 4, Jln 1/4B 03-87232096
Jln. 1/4A, B, C, D En. Ahmad b. Hj. Basri 15, Jln. 1/4A 03-87233167
Jln. 1/5 En. Haron b. Bahari 50, Jln, 1/5 03-87231900
Jln. 1/5A, B En. Mesuwan b. Khalil 12, Jln. 1/5 03-87232057
Jln. 1/6A, B, C En. Hamzah b. Talib 8, Jln. 1/6A 03-87231657
Jln. 1/7A, B En. Aziz b. Hanapiah 12, Jln. 1/7B 03-87231546
Jln. 1/7C, D En. Jasni b. Ibrahim 11, Jln. 1/7B 03-87231557
Jln. 1/7 En. Mansor b. Nusin 9, Jln. 1/7 03-87239039
Jln. 1/8 En. Sulaiman b. Abd. Rahman 21, Jln. 1/8 03-87230321
Jln. 1/8A/Banglo Cikgu Abdul Hamid b. Hasan 25, Jln 1/8A 03-87239024

Kelas Pengajian

Kelas Pengajian Surau Al-Syumul

Demi mempertingkatkan lagi syiar Islam di Bandar Rinching ini pihak AJK Surau telah menganjurkan beberapa kelas pengajian sejak terbinanya surau ini. Antara pengajian yang dijalankan adalah Kuliah Tafsir Al-Quran, Kuliah Aqidah, dan Ceramah Agama. Jadual pengajian adalah seperti berikut :

Kuliah/Kelas Tarikh Masa Penceramah/Ustaz
Tafsir Al-Quran setiap hari Isnin selepas solat Maghrib Ustaz Ahmad Thalal
Usrah Mingguan hari Selasa
selepas solat Isyak Ustaz Kamaruddin
Kuliah Tauhid setiap hari Rabu selepas solat Maghrib Ustaz Kamarudin
Bacaan Yaasin / Tahlil setiap hari Khamis selepas solat Maghrib ahli jemaah
Usrah Muslimat setiap hari Sabtu selepas solat Zohor

-

Ceramah Agama mengikut ketetapan AJK mengikut ketetapan AJK Jemputan

Kepada Muslimin dan Muslimat khususnya jamaah qariah Bandar Rinching kehadiran anda semua adalah dialu-alukan. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi AJK Surau Al-Syumul.

Wassalam.

Surat Pekeliling Khairat Kematian

Ahli Jawatankuasa Khairat Kematian,
Surau Al Syumul, Bandar Rinching.

43500 Semenyih.

Kepada,
Semua Penduduk Islam ,
Seksyen 1, Bandar Rinching.

Keahlian Badan Khairat Kematian Surau Al Syumul Bandar Rinching.

Terlebih dahulu izinkan kami AJK Surau Al Syumul mengucapkan salam sejahtera dengan iringan doa agar tuan / puan sekeluarga sentiasa mendapat hidayat dan rahmat dari Allah s.w.t.

2. Adalah dimaklumkan bahawa dalam mesyuarat AJK Surau pada 26 November 1998 tahun lepas, kami telah bersetuju menubuhkan ‘Badan Khairat Kematian Bandar Rinching’ bertujuan memudahkan pengurusan jenazah seperti pengurusan tanah perkuburan, memandi, mengapan dan kereta jenazah. Semua urusan tersebut akan dikendalikan oleh Badan Khairat Kematian ini.

3. Oleh yang demikian, pihak Surau amat mengalu-ngalukan tuan/puan menjadi ahli badan ini demi kepentingan pihak keluarga tuan/puan seandainya berlaku kematian di kalangan keluarga tuan/puan.

4. Sehingga hari ini lebih kurang 60 orang ahli sahaja yang telah mendaftar sebagai ahli badan ini sedangkan anggaran keluarga muslim yang tinggal di Bandar Rinching ini melebihi 200 keluarga.

5. Bersama siaran ini dikepilkan Borang Keahlian dan Peraturan-Peraturan Badan Khairat Kematian, senarai Nama AJK Khairat Kematian Surau Al-Syumul dan Ketua-ketua Blok.

6. Borang Keahlian yang telah diisi boleh diserahkan kepada Ketua Blok masing-masing.

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan mengenai perkara ini, kami AJK Badan Khairat Kematian Surau Al-Syumul terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian ,terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

................................................
(Mohamad bin Abdullah)
Pengerusi Biro Kebajikan,
Surau Al Syumul

Badan Khairat Kematian

FASAL 1 :

PENAUNG
Badan Khairat Kematian ini dinaungi oleh SURAU ALSYUMUL. BANDAR RINCING.

FASAL 2 :

NAMA
Badan ini dinamakan ‘ BADAN KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-SYUMUL, BANDAR RINCHING SEMENYIH ‘

FASAL 3 :

JAWATANKUASA
Jawatankuasa Khairat ini terdiri daripada AJK Surau Al-Syumul , Bandar Rinching. Semenyih.

FASAL 4 :

SYARAT KEAHLIAN

  1. Ahli adalah terdiri daripada orang Islam yang bermastautin di qariah Bandar Rinching , Semenyih.

  2. Seseorang ahli baru hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh Badan Khairat ini dan dimestikan membayar bayaran Pendaftaran sebanyak sepuluh ringgit sahaja. ( Pendaftaran : RM 10.00 sahaja). Manakala yuran RM 3.00 (Tiga Ringgit) pada setiap bulan atau (RM 36.00 setahun) dengan tidak mengira berapa ramai ahli/tanggungan yang meninggal pada bulan tersebut.

  3. Seseorang ahli hanya boleh mewakili satu keluarga di bawah tangungannya, isteri/suami, anak-anak yang masih bujang, ibu bapa serta ibu / bapa mertua serta keluarga terdekat yang tinggal bersama sahaja.

  4. Ahli yang gagal menjelaskan yuran sebanyak enam (6) bulan berturut-turut, akan digantung keahliannya setelah diberi surat peringatan. ( Ahli berkenaan tidak berhak mendapat sebarang bantuan ) jika berlaku kematian.

  5. Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat yuran bulanan terus dijelaskan dan alamat baru hendaklah diberitahu untuk mudah dihubungi.

  6. Jika sekiranya tetamu dari luar mukim Semenyih datang ke rumah ahli dan meninggal serta mayatnya dikebumikan di tanah perkuburan Rincing Hulu / Semenyih maka badan Khairat Kematian akan mengeluarkan separuh daripada peruntukan bantuan ahli.

  7. Bagi kanak-kanak yang meninggal sebelum berumur 12 tahun (tiada kad pengenalan) , bantuan akan diberi separuh daripada peruntukan bantuan.

  8. Sekiranya ahli yang berhasrat untuk menarik diri daripada menjadi ahli seterusnya ,maka ia tidak boleh menuntut semula segala yuran yang telah dibayar.

  9. Sekiranya timbul apa-apa masalah berhubung dengan tafsiran atau peraturan badan ini, keputusan AJK Surau adalah muktamad.

FASAL 5 :

ANGGARAN PERBELANJAAN


1. Pengurusan Kubur RM 120.00

2. Kain Kapan RM 90.00

3. Papan RM 60.00

4. Kereta Jenazah RM 40.00

5. Mandi Jenazah RM 60.00

6. Belanja Tambahan RM 130.00



-------------


JUMLAH RM 500.00



===========

Sumbangan

Surau Al Syumul, Bandar Rinching, Semenyih, Selangor

“Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya, kecuali 3 perkara, sedekah jariah (yang mengalir), ilmu yang di menafaatkan dan anak yang solleh yang mendoakan.”

Rayuan Sumbangan Pembinaan Pagar Surau & Pembaikkan Pulih Surau Al-Syumul Jalan 1/4C, Bandar Rinching, 43500 Semenyih, Selangor.

Sumbangan boleh di salurkan melalui cek atas nama Surau Al-Syumul atau akaun Bank Islam (M) Bhd. (Cawangan Kajang) 12-092-01-000503-3 atau hubungi setiausaha surau di talian no. 019-280 8742

Semoga sumbangan anda merupakan amal jariah yang berkekalan…InsyAllah.

Thursday, August 7, 2008

Aktiviti Surau

TARIKH AKTIVITI
20 Rabiul Awal 1420H
(AHAD)
Majlis Pelancaran Surau Al-Syumul oleh Yg. Berbagia Dato' Hj. Ishak Baharom.
(Sekitar Majlis Pelancaran)
004.gif
16/3/2000
(KHAMIS)
Majlis Gotong Royong Penyembelihan Lembu Korban
Bilangan korban : 4 ekor lembu
004.gif(Sekitar Majlis Korban)
9/4/2000
(AHAD)
Kursus Pengurusan Jenazah
Penceramah : Tuan Haji Kamaruddin, Imam Masjid UKM Bangi.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.
004.gif
16/4/2000
(AHAD)
Majlis Penubuhan dan Pemilihan AJK Penaja Persatuan Penduduk Bandar Rinching Seksyen 1 Semenyih.
005.gifSenarai Ahli Jawatankuasa Penaja.
27/5 & 28/5 '2000
(AHAD)
Majlis Gotong Royong Kenduri Kahwin
Tuan Rumah : En. Mohd Rasip Bin Taib
Alamat : No. 54, Jalan 1/5 Bandar Rinching, 43500 Semenyih.
22/7/2000 (KHAMIS,
8.00 MALAM)
CERAMAH AGAMA
UST. HASSAN MAHMUD AL-HAFIZ
Di Surau Al-Syumul, Bandar Rinching Seksyen 1, Semenyih.
27/7/2000 (KHAMIS,
8.00 MALAM)
CERAMAH AGAMA
UST. HASHIM JASIN
Di Surau Al-Syumul, Bandar Rinching Seksyen 1, Semenyih.

Sekolah Agama Abim




"Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran"

Sekolah Agama Tahfiz ABIM ini telahpun ditubuhkan pada pertengahan tahun 2000 dan baru saja memulakan sesi pengajiannya pada awal tahun 2001. Sekolah ini diwujudkan dengan tujuan untuk mendidik anak-anak masyarakat berteraskan kepada pendidikan Al-Quran dan Asas Agama. Bagi memperkemaskan pengurusannya ianya dikelolakan oleh Syarikat Tafhim Enterprise dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Berikut ini adalah OBJEKTIF sekolah ini ditubuhkan :

  1. Kemahiran Al-Quran (hafalan, bacaan, fahaman dan penghayatan).
  2. Sahsiah dan budaya Islam (ibadat adab sopan dan perhubungan)
  3. Disiplin Al-Quran, sunnah dan sirah.
  4. Ibadah fardu yang betul
  5. Kemahiran jawi dan bahasa Arab.

MATLAMAT :

  1. Membasmi buta Al-Quran dikalangan kanak-kanak sebelum balilgh.
  2. Pengajian Al-Quran kaedah 5M (membaca, menghafal, menulis, memahami dan menghayati)
  3. Pengisian ayat-ayat suci Al-Quran sebagai benteng kefahaman dalaman murid.
  4. Latihan hafalan, kecintaan, penghormatan dan gemar kepada Al-Quran serta isinya.

SUKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  • AL-Quran : 6 tahun (kaedah 5M, 1/3 Al-Quran dihafal dan 3 kali khatam)
  • Bahasa Arab : 6 tahun (memahami bahasa Arab Rendah)
  • Tulisan Jawi : 2 tahun (mengeja, membaca dan menulis jawi)
  • Fardu Ain : 3 tahun (bersuci, ibadat, rukun Iman, rukun Islam, akhlak dan adab-adab)
  • Tajwid : 2 tahun (bacaan betul makhrajnya)
  • Sirah Rasulullah : 2 tahun (mengenal peribadi dan panduan hidup muslimin)
  • Tafsir Al-Quran : 3 tahun (memahami kandungan surah-surah dalam Al-Quran)
  • Hadis 40 : 3 tahun (hafal hadis dan fahami kandungan)
  • Seni Khat dan Imlak : 3 tahun (menulis khat cantik dan betul ejaan)
  • Sukatan Pelajaran JAIS : mengambil peperiksaan SPRA JAIS di tahun 6
  • Amali (sesi petang) : Praktikal solat dan solat fardu Asar dengan tunjuk ajar guru.
  • Kegiatan ko-kurikulum : Nasyid, syarahan, bercerita, sajak, kuiz, majlis ihtifal dan hari penyampaian hadiah diadakan tiap-tiap tahun.

PENGAJIAN

  • 6 tahun daripada tahun 1 hingga tahun 6
  • mengikut penggal persekolahan
  • 5 hari seminggu

BAYARAN

Yuran Pendaftaran : RM 30.00
Yuran Bulanan : RM 30.00 sebulan
Yuran Peperiksaan : RM 10.00
Kad Kemajuan : 3.00

Buku teks dan Latihan

Darjah 1 : RM 59.00 (termasuk Qiraati)
Darjah 2 : RM 33.90
Darjah 3 : RM 43.50
Darjah 4 : RM 40.60
Darjah 5 : Menggunakan buku teks JAIS


PAKAIAN

LELAKI :
Baju Melayu, Songkok Hitam dan samping bewarna ungu*.

WANITA :
Baju kurung putih, kain warna ungu dan mini telekong putih.

* Kelonggaran akan diberikan bagi mereka yang menyimpan kain hijau.

NOTA :

Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan sekolah ini bolehlah hubungi AJK Berikut :

1. Tn. Hj. Omar bin Parkan : 03-87232658
2. En. Sulaiman bin Kayat : 03-87230907




  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP