Ahli adalah terdiri daripada orang Islam yang bermastautin di qariah Bandar Rinching , Semenyih.
Seseorang ahli baru hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh Badan Khairat ini dan dimestikan membayar bayaran Pendaftaran sebanyak sepuluh ringgit sahaja. ( Pendaftaran : RM 10.00 sahaja). Manakala yuran RM 3.00 (Tiga Ringgit) pada setiap bulan atau (RM 36.00 setahun) dengan tidak mengira berapa ramai ahli/tanggungan yang meninggal pada bulan tersebut.
Seseorang ahli hanya boleh mewakili satu keluarga di bawah tangungannya, isteri/suami, anak-anak yang masih bujang, ibu bapa serta ibu / bapa mertua serta keluarga terdekat yang tinggal bersama sahaja.
Ahli yang gagal menjelaskan yuran sebanyak enam (6) bulan berturut-turut, akan digantung keahliannya setelah diberi surat peringatan. ( Ahli berkenaan tidak berhak mendapat sebarang bantuan ) jika berlaku kematian.
Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat yuran bulanan terus dijelaskan dan alamat baru hendaklah diberitahu untuk mudah dihubungi.
Jika sekiranya tetamu dari luar mukim Semenyih datang ke rumah ahli dan meninggal serta mayatnya dikebumikan di tanah perkuburan Rincing Hulu / Semenyih maka badan Khairat Kematian akan mengeluarkan separuh daripada peruntukan bantuan ahli.
Bagi kanak-kanak yang meninggal sebelum berumur 12 tahun (tiada kad pengenalan) , bantuan akan diberi separuh daripada peruntukan bantuan.
Sekiranya ahli yang berhasrat untuk menarik diri daripada menjadi ahli seterusnya ,maka ia tidak boleh menuntut semula segala yuran yang telah dibayar.
Sekiranya timbul apa-apa masalah berhubung dengan tafsiran atau peraturan badan ini, keputusan AJK Surau adalah muktamad.
0 comments:
Post a Comment